14 January 2013

Hukum Jual Beli Air Zamzam

Hukum Jual Beli Air Zamzam

Hukum berjualbeli Air Zamzam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air Zamzam tanpa perlu pergi ke Mekah, Arab Saudi

Antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air Zamzam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.  



Hukum Jual Beli Air Zamzam
Hukum Jual Beli Air Zamzam

Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:


Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebagaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mengenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :

اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”

Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment